Sunday 20 December 2015

Kursus Pendek Untuk Anda

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...Apa khabar?saya harap anda semua sihat belaka...Pada kali ini saya ingin mempromosi salah satu kursus jangka pendek yang bakal dilaksanakan di KISMEC pada tahun hadapan.Kursus ini diberi nama Smartphone Repair.Seperti yang anda semua ketahui,kebanyakan daripada kita memiliki telefon pintar untuk urusan seharian kita.Namun,seperti juga mana-mana peralatan elektronik yang lain,setelah penggunaan yang lama telefon pintar ini akan mengalami kerosakan.Apabila ia berlaku,ini akan menyebabkan kita terpaksa menghantar telefon pintar ke kedai membaiki telefon pintar.Namun,di sini masalah bakal bermula,Disebabkan kos pemulihan telefon pintar tidak mempunyai satu penetapan atau kawalan,maka ia menyebabkan sesetengah pengguna seperti kita akan tertipu dengan pengusaha kedai membaiki telefon pintar yang tidak bertanggungjawab.Ada juga yang tidak mesra pengguna dan perkhidmatan yang diberi tidak setimpal dengan harga yang dibayar.
              Kursus ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan masalah tersebut.Harapan pihak kami adalah di akhir kursus ini peserta kursus dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk menjadi pengguna yang bijak malah sekiranya mempunyai modal,mampu menubuhkan kedai membaiki telefon intar mereka sendiri.
              Kursus ini adalah berbayar.Tujuannya adalah untuk memberikan peserta kursus segala keperluan yang diperlukan untuk membaiki telefon pintar.Ia juga adalah untuk kos tambahan bagi memastikan kursus ini merupakan kursus yang tidak membuatkan anda menyesal membayarnya.
              Di bawah disertakan imej tentang kursus tersebut.Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi individu yang bertanggungjawab atau boleh copy  link yang disediakan dan isi secara online.Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kemahiran yang berguna untuk diri anda.Jumpa lagi di ruangan akan datang.




Tuesday 15 December 2015

Salam Kemahiran Semua

             Ucapan salam dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada belia-belia di luar sana.Selamat datang ke blog saya ini.Sebelum saya ceritakan dengan lebih lanjut lagi,saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu.Nama saya Muhammad Firdaus Bin Osman.Saya merupakan pengajar kemahiran di salah sebuah institut kemahiran swasta atau lebih tepat lagi NGO (Non Goverment Organization).Nama institut tersebut ialah KISMEC.Kalau nak tahu lebih lanjut tentang KISMEC,boleh klik kat link yang terdapat di dalam blog ini.Saya merupakan Graduan lulusan CIAST serta IKBN.Walaupun pada awal pendidikan saya di terima masuk ke salah sebuah sekolah rancangan khas yang mana sekolah tersebut merupakan sekolah aliran sains sepenuhnya,namun saya menyambung pengajian saya selepas tamat SPM (lebih tepat 2 tahun selepas SPM) di IKBN dalam bidang elektronik industri.
                  Itu serba sedikit tentang diri saya.Tujuan saya menulis di ruangan blog ini adalah untuk berkongsi pendapat,maklumat,informasi,serta membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan bidang kemahiran di Malaysia.Matlamat saya adalah untuk mendedahkan kepada para belia din luar sana tentang bidang kemahiran yang merupakan salah satu cabang pendidkan selepas tamat pengajian SPM.Mungkin ramai yang akan berkata bahawa bidang kemahiran ini hanya untuk lepasan pelajar yang medapat keputusan kurang cemerlang namun pada hakikatnya ia sebenarnya tidak.Kalau diperhatikan negara-negara luar,kemahiran merupakan salah satu bidang pendidikan utama di dalam sesebuah negara tersebut,Antaranya Jerman.
                   Oleh sebab itu,saya berhasrat untuk memperkenalkan kepada rakyat malaysia di luar mengenai bidang-bidang kursus kemahiran yang ada di Malaysia serta kelebihan di samping dapat menjelaskan segala kekeliruan berkaitan dengan bidang kemahiran.Saya berharap agar blog saya ini akan menjadi salah satu wadah kepada anda semua tidak kira golongan atau usia.Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada anda semua.
                       Untuk coretan pertama saya ini,saya tutup dengan sedikit kata-kata perangsang.Jangan pernah berputus asa jika gagal,kerna gagal itu akan menjadi pemacu dalam kejayaan hidup anda.Assalammualaikum dan salam kemahiran.Jumpa lagi di post akan datang.Jangan lupa untuk like,share di laman sosial anda supaya blog ini dapat diketahui lebih ramai lagi.